Kemalangan nuklear Fukushima I (福島第一原子力発電所事故, Fukushima Dai-ichi (
sebutan) genshiryoku hatsudensho jiko) merupakan krisis pencemaran nuklear akibat
kerosakan dan
pelepasan bahan radioaktif di
Loji Kuasa Nuklear Fukushima I, akibat bencana
gempa bumi dan tsunami raksasa yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011, jam 14:46
JST.
[3] Loji ini terdiri daripada enam buah
reaktor air didih yang disenggara oleh
Tokyo Electric Power Company (TEPCO). Reaktor 4, 5 dan 6 ditutup sebelum bencana gempa kerana hendak menjalani pemeriksaan.
[4] Reaktor-reaktor yang lain pula ditutup secara automatik selepas gempa, kemudian penjana kecemasan dipasang untuk memacu pam air yang diperlukan untuk menyejukkannya. Loji ini dilindungi oleh sebuah
benteng laut yang direka untuk menahan
tsunami setinggi 5.7 meter (19 ka), tetapi beberapa minit selepas gempa, benteng itu dilanggar lalu mudah ditumbangkan oleh sebuah ombak tsunami raksasa setinggi 14-meter (46 ka)
[5]. Seluruh loji, termasuklah bangunan penjana yang terletak di tanah rendah, pun dilimpahi air laut. Akibatnya, penjana elektrik itu terputus dan reaktor-reaktor itu mula terlebih panas akibat
penguraian sisa radioaktif secara semula jadi yang masih terkandung dalamnya. Pembanjiran dan kerosakan gempa menghalang usaha menyelamat yang didatangkan dari tempat lain.Timbulnya bukti
peleburan teras separa di reaktor 1, 2, dan 3; letupan hidrogen memusnahkan salutan atas bangunan reaktor 1, 3, dan 4; dan satu lagi letupan merosakkan kurungan dalam reaktor 2; kebakaran terjadi di reaktor 4. Selain itu, rod
bahan api terpakai yang disimpan dalam kolam bahan api terpakai unit 1–4 mula terlebih panas apabila takat air di kolam-kolam itu menurun. Kebimbangan akan kebocoran radiasai mencetuskan perintah berpindah keluar dalam lingkungan 20-kilometer (12 mi) sekitar loji. Para pekerja loji itu mengalami keterdedahan kepada radiasi lalu juga dikeluarkan serta-merta. Pada 18 Mac, para pegawai Jepun menilai keparahan bahaya di reaktor 1, 2 dan 3 di tahap 5 pada
Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa (INES) yang terdiri daripada tujuh tahap.
[6] Kuasa loji dipulihkan di beberapa bahagian loji ini mulai 20 Mac, tetapi kelengkapan yang rosak akibat banjir, kebakaran dan letupan masih tidak dapat dikendalikan.
[7] Pada 11 April 2011, bencana ini dinaikkan ke tahap 7, iaitu sama genting dengan kemalangan
Chernobyl pada tahun 1986.
[8]Hasil sukatan yang diambil oleh kementerian sains dan kementerian pendidikan Jepun di kawasan-kawasan utara Jepun yang terletak 30–50 km dari loji itu mendapati takat
sesium radioaktif yang cukup tinggi untuk membimbangkan orang.
[9] Makanan yang ditanam di kawasan itu dilarang penjualannya. Difikirkan bahawa sukatan
iodin-131 dan
sesium-137 sedunia menandakan bahawa lepasan radioaktif dari Fukushima itu setanding dengan pelepasan isotop dari
bencana Chernobyl pada tahun 1986;
[10][11][12] tetapi ini disangkal oleh data-data bebas yang seumpamanya.
[13][14] Pihak berkuasa Tokyo mengesyorkan supaya air paip tidak digunakan untuk membuat makanan untuk bayi buat sementara waktui.
[15][16] Pencemaran
Plutonium telah dikesan dalam tanah di dua tapak loji ini.
[17]Pada 27 Mac,
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengumumkan bahawa para pekerja yang dirawat di hospital sebagai langkah berjaga-jaga pada 25 Mac telah terdedah kepada radiasi sebanyak 2–6
Sv pada buku limanya ketika berdiri dalam air di unit 3.
[18][19][20] Masyarakat antarabangsa turut berasa bimbang akan kemalangan ini. Kerajaan Jepun dan TEPCO dibidas kerana kurang telus ketika berhubung dengan orang awam.
[21][22] Pada 20 Mac,
Ketua Setiausaha Kabinet,
Yukio Edano mengumumkan bahawa loji itu terpaksa dilupuskan selepas berakhirnya krisis.